Click for More Info

Showing posts with label Special Occasions. Show all posts
Showing posts with label Special Occasions. Show all posts

Wednesday, 30 September 2015

Salam Aidil Adha

Salam Aidil Adha semua.... How was your Aidil Adha celebration?  Uols balik kampung tak?  Well... as for me sepatutnya Aidil Adha ni turn my side kat Melaka and Muar... tapi The Yasmines requested to balik Kedah... I ok jer ... so balik Kedah la kita... 

Kebetulan Aidil Adha tahun ni jatuh on Shahna'z birthday i.e. 24 September.  So we had a small celebration for Shahnaz with other family members.  Takde buat apa sangat pun... Kitorang serve Mee Rebus Johor, ketupat palas, nasi himpit, gulai daging and mee goreng.  Cake pulak mintak Adibah, Kak Cik's youngest daughter belikan.

ni la kek yang Adibah tolong belikan tu... black forest cake... sedap... 

birthday girl excited nak blow candles

Uwais.... dah besar dah Uwais.... dah 3 bulan.. dulu jumpa time dalam pantang kecik ja... now amboiii... semangatnya... sampai muat kepala dia pakai party hat tu.. diaper pun size L dah la ni...

Uwais with his mak ayah

tengok tu... berebut nak tiup lilin... hahahaha... 

ni plak berebut nak potong kek... tengok tangan Shahnaz tu... nak tepis tangan Zulfa.. takmo bagi potong birthday cake dia.. 

some of our Aidil Adha feasts.. 

Monday, 3 August 2015

Aidilfitri 2015

Salam Aidilfitri uols.... walaupun dah hari ke-18 Syawal, I still wish raya to all of you... Raya sebulan khennnn.... 

On the first day of Syawal tu I woke up early than usual... masuk je waktu solat Subuh, I terus bangun and solat.  Then terus ke dapur sebab I nak kena prepare all the condiments for my mee rebus.  Dah siap-siap and semua food dah serve barulah I mandi... mak-mak memang camtu kan...

depa breakfast dulu sebelum pi masjid tuk solat raya

Our theme color untuk this year in Royal Yellow.... wahhh.... fefeeling anak raja sangat... hahahaha...   After all of the family member were back from solat raya, we had a sesi bermaafan and also photography session....

tengah pujuk yasmine yang sentap kena usik dengan pak ngah... 

a shot from my junior photographer... Yasmine Suraya

sesi bermaafan

family kak chaq... kakak sulung pakdin

family kak cik... Pakdin's 2nd sister

family Kak Lun, Pakdin's 3rd sister

us... the Saifuddins

ni plak family my nephew, Shafiq

our big family... ini pun tak cukup quorum... ada yang tak balik... ada yang di perantauan.... 

Ali's angels

Ali's heroes

ada jugak gambar my small family... :)

Lepas sesi bergambar, we went to our neighbours house to beraya... we went to 3 houses... rumah Ngah Melah, Mak Ah... these two are geng mesyuarat my MIL hahahaha... we then went to rumah arwah kak dah tapi anak dia xde kat rumah plak... so kami balik rumah je la... 

This year, first time I pakai my baju raya half day...panas uols... tak tahan...  by noon ja I dah tukar to baju dok rumah.... terus aktiviti mengemas dapur dimulakan... hahahaha.. even Pakdin ajak ikut dia pi beraya rumah cikgu dia kat Pendang pun I refuse... panas sampai I dah takde mood nak dress up untuk gi beraya... anak-anak pun sama.. so kitorang dok melepak kat rumah je la with my in-laws, nephews and nieces sambil makan-makan...

Mike!!! Bat pa tu??? Korek hidung ka??? 

dah penat bergambaq jom kita makan kuih raya plak

budak ni plak sibuk dok kira coins yang bagi kat budak-budak yang datang beraya

On 2nd raya Pakdin ada reunion primary school dia... kitorang ikut la kejap... tapi I tak stay till the function habis... after lunch the girls and I we sat inside the car... panas uols... my girls bising...


can you spot me? 



We then off to Pak Teh's place in Kg. Teroi, Yan.  Supposed to meet my in-laws there... beraya sekali... Upon reached there, my girls tak mau turun keta pulak dah.... depa sanggup duduk dalam keta berpanasan without air-condition.  Bila my in-laws sampai barulah depa nak turun... haih...

ni la gheja depa dalam gheta... 

Monday, 25 May 2015

APC 2015

Ini cerita dah lepas... tapi I nak jugak post kat blog ni... as my memory... my sweet memories...

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang adalah merupakan anugerah yang mengiktiraf para penjawat awam yang menjalankan tugas mereka dengan penuh dedikasi dan cemerlang.  Pengiktirafan ini diberikan oleh majikan masing menerusi Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.  Majlis penganugerahan APC kat UPM ni dikenali sebagai Majlis Gemilang Putra.  Majlis ni memberi pengiktirafan kepada kakitangan yang telah berkhidmat selama 20 tahun, 30 tahun, yang akan berpencen dalam tahun semasa, perkhidmatan cemerlang dan juga mengenang staf yang telah meninggal dunia.  Istimewanya Majlis Gemilang Putra UPM ni, para penerima anugerah dibenarkan untuk membawa seorang waris ke majlis tersebut... ala-ala cam majlis convocation la tu... tapi hari tu I tak bawa Pakdin pun... sebab he's kind of busy... lagipun katanya APC je pun... cheh!  Ye la... kat Kementerian diorang mana ada waris dijemput untuk majlis APC nih....



Tanggal 23 April 2015 adalah detik yang terindah di dalam alam pekerjaan untuk I.  Rezeki orang kata... Diam tak diam dah 7 tahun I berkhidmat dengan UPM ni...  Banyak pahit manis yang I've been through in this 7 years... and pada tahun 2015 ni dianugerahkan dengan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.


untuk support staff, I sorang je pompuan yang hadir... so, terpaksa la jadi the rose among the thorn... 

I joined UPM in 2008 after 7 years working in private sector.  Alhamdulillah... sejak berkhidmat dengan UPM ni I dah berkhidmat untuk 4 orang bos termasuklah yang sekarang ni.  Syukur sangat bos-bos I semuanya ok... Walaupun diorang ok, tak bermakna kita boleh buat kerja sambil lewa kan... No.. No.. No... when it comes to work, we have to be serious... serious tak bermakna kita tak boleh senyum bergurau bagai.... tapi kena ada limitations la kan... As a secretary, I report directly to my boss.  Cuba melunaskan segala task yang diberi dengan sebaik mungkin agar meet his satisfaction.  I tak sure la my boss satisfied ke tak dengan kerja I sebab tak pernah la plak dengar dia komplen... hahaha... confident sangat nih... hahahha... tapi mintak-mintak dia puas hati la dengan hasil kerja I kan...  I still remember the moment when I first joined UPM.  I report duty on Friday... the next Monday tu I called my hubby crying I wanted to resign.... sebab I couldn't adapt to the environment here... my husband consoled me... as time goes by, I finally adapt the environment... spend my working life in the same office at the same workstation doing almost the same thing for 7 years.... siapa sangka kan... dulu beria-ia menangis nak resign bagai... hahaahaha... tu la tak kenal maka tak cinta.... kan....


time ni tengah queue untuk turn naik pentas

I know ada yang expect I dapat APC ni last year... tapi bukan rezeki I... dapat kat orang lain yang lebih berkelayakan...... tapi alhamdulillah... tahun 2015 ni I diberikan recognition.  Satu kenangan manis untuk kerjaya I.

with YBhg. Dato' VC and Dato' Registrar

Tapi kan... waktu dapat surat dari Pej Pendaftar yang maklumkan I dapat APC tu I senyap jer.... simpan rahsia ni baek punya... malu uols... I kan pemalu... sekali terkantoi plak dengan my officemate, Kak Aishah bila I reply surat Pejabat Pendaftar tu.... hihihihi...

lepas majlis, sempat ambil gambar dengan Kak Rousnafizah.... Kak Rous ni secretary kat Engineering jugak... tapi kak Rous dah pencen.....  T__T   



Wednesday, 20 May 2015

Majlis Akad Nikah dan Resepsi Mariam - Ridhuan

Remember my previous entry I mentioned that my babysitter was on a week's leave?? Sofia cuti sebab anak dia Mariam nak kahwin.... How time flies kan... first met Mariam when she was 15... and now dah kahwin.....Majlis akad nikah dan resepsi di adakan pada 15 Mei baru-baru ni di Tropikal Inn, JB.


I took a day off Jumaat lepas to attend the function.  Yasmine pun I pontengkan sekolah... hahahaha...  We did a day trip to JB sebab malam tu Pakdin ada dinner.  Gerak dari SK around 5am and kitorang sampai about 10am... just in time for the majlis akad nikah.


Majlis dihadiri family dari both sides... dan termasuk jugak 2 family yang anak-anaknya di bawah asuhan Sofia... hehehehe... family Faris & Ishana and my family.  Kemain suka budak-budak ni dapat jumpa Mama Sofia, Kakak Mariam and Kakak Yaya diorang... melepas rindu... seminggu tak jumpa kan...


Hantaran untuk pengantin lelaki

Hantaran untuk pengantin perempuan

Hantaran dari kedua pihak

with Yaya and her sister, Hawa



With Sofia, ibu saudara mariam and my yasmines...  cantik sofia hari tu... 

Mariam and her family... 

keluarga pengantin lelaki

adik and kakak manja nih...

Shahnaz and Izhana....both ni anak mariam ni... amboi.. kalau dengan kakak mariam, takleh berpisah... melekat jerr...

my anak dara

Pasangan pengantin dinikahkan oleh juru nikah yang berwakil wali bapa kandung pengantin perempuan.  Selesai akad nikah... cam biasalah... upaca batal air sembayang.  





Selepas upacara pembatalan air sembahayang, semua tetamu dijemput untuk menjamu hidangan makan tengahari.   Sedap uols food kat wedding si Mariam ni... bertambah-tambah ai makan... hahahah... buruk perangai...


dapat gift telur pindang... I sukaaaaa.... my favourite.... 

love of my life

we all duduk semeja dengan Ain... family Faris

alamak... tengok je gambo ni terus terliur... teringat-ingat lauk pauk and nasi yang sodap nih....



Ini pulak acara baling ambor-ambor.... memang tradisi ni kalau wedding orang Johor... Time I kahwin dulu pun ada bat camni gak... sebab my mom orang Johor... 

hasil collection the Yasmines


gambar untuk kenangan sebelum kitorang minta diri untuk balik KL

Balik dari wedding reception Mariam, kitorang singgah Restoran ZZ Sup Tulang jap... hajat di hati nak makan mee rebus tulang kat situ... tapi sebab kenyang terlampau, we all tapau je.... makan kat rumah....

ni kat cawangan Jalan Petri.  Untuk yang bertanya how to get to Restoran ZZ Sup Tulang ni, sorry dearies... I tak tau.. tapi yang I tau restoran ni ada 12 cawangan kat JB ni.. so, kalau nak pergi, just type "restoran zz sup tulang" kat waze and it will direct you to your destination.

teringat-ingat kesedapan menghirup sumsum dari tulang ni... sedapnya... *lapailio*

ini jin tengok pon nanges... tulang licin... hahahahaha