Click for More Info

Tuesday, 20 October 2015

Black Pepper Lamb

The other day I bought a pack of lamb shoulders at the hypermarket... Memula tu plan nak bat grilled lamb... tapi ntah la... when the day came, rasa malas plak nak masak western lamb tu.... sebab malas nak prepare the gravy and side dishes and all.  So I decided to cook it my way.... masak black pepper jer.... senang dan cepat... hahahaha....  Bertambah-tambah nasi both Pakdin and I makan.... (ko makan apa yang ko tak tambah zareene oiii... pastu meroyan gumuksss)

*googled


KAMBING MASAK BLACKPEPPER

Bahan-Bahan
2 keping lamb shoulder
1 inci halia
2 ulas bawang putih
sedikit lada hitam
bawang besar - dipotong wedges
kentang - dipotong wedges
sos tiram
air
1 keping asam keping - dihiris nipis
minyak
garam

Cara-Cara
1.  Daging kambing dipotong kecil / dihiris.  
2.  Tumbuk halus halia, bawang putih, lada hitam dan sedikit garam.  Perapkan daging kambing dengan bahan tumbuk sekurang-kurangnya setengah jam... lagi lama lagi bagus.
3.  Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan daging yang diperap.  Apabila air daging hampir kering, tambahkan air dan kentang.  Rebus hingga daging and kentang empuk.
4.  Setelah empuk, tambahkan sedikit air untuk dijadikan kuah.  Masukkan sedikit sos tiram, asam keping yang dihiris dan bawang besar.  Perasakan dengan garam.  Tapi sebelum letak garam tu rasa kuah dulu... kalau cukup rasa, tak payah tambah garam lagi sebab bahan perapan dan sos tiram dah masin.  
5.  Siap... dah boleh cedok nasi dah... :)


1 comment:

Mrs Little Voice said...

meleleh i tengok tau...heheheh