Click for More Info

Showing posts with label Ramblings. Show all posts
Showing posts with label Ramblings. Show all posts

Thursday, 26 March 2015

Talam 2 Muka

Talam dua muka bermaksud orang yang berbuat baik di depan kita tapi sebaliknya mengumpat, mengeji serta memburukkan kita di belakang.

Orang yang suka bermuka-muka ni bahaya sebab depan kita dia boleh jadi baik ngan kita... ngam ala-ala satu kepala ngan kita though dia bukan dari our circle of friends.  Tapi... bila kat belakang kita... kemain lagi sedap mulut tu mengata kita macam-macam... memburukkan kita pada orang lain supaya kita ni bad rappot la kat mata orang... eh, apa motif ko sebenarnya ek?  I rasa orang yang camni saiko arrr... dia masalah jiwa agaknya...

I just wonder apa fedah yang dia dapat dari sifat "mulia" dia tu ek?  What? Dia ingat orang akan look up on her/him?  Well...you will tarnish your good name and rappot my dear...

What goes around comes around... of course cerita buruk orang yang ko jaja tu akan diketahui oleh tuan punya badan.  It hurts you know bila kita diburukkan di mata orang lain.  Hiii... I memang menyampah dengan spesis yang cenggini.  Golongan cenggini suka benooo nak menghasut orang untuk membenci atau memandang rendah terhadap orang lain.

Ada 3 jenis watak orang yang suka bermuka-muka ni...

1.  Manusia yang manis mulut tetapi hatinya penuh racun
Orang yang camni sangat vokal bila bercakap dan ada tarikan tersendiri hingga orang yang mendengarnya terpesona dan percaya.

2.  Manusia yang tiada rasa malu
Orang yang camni jenis tak dapat kawal emosi dia bila tengok orang lain dapat kebaikan.  Then dia akan start sebar cerita negatif orang tersebut.

3.  Manusia yang tidak boleh ditegur dan dikritik
Orang yang sebegini tidak boleh ditegur dan dikritik apatah lagi untuk menerima pendapat orang lain... memang tak la... dia je yang betul..

So, you falls under which category ye 2 faces???

Rasulullah SAW bersabda "Barang siapa yang mempunyai dua muka di dunia, maka pada hari kiamat kelak dia akan diberi dua mulut dari api neraka" ( Riwayat Abu Dawud dan Ad-Dawin dari Ammar bin Yassir)

Semoga orang yang suka bermuka-muka ni berubah ke arah yang lebih baik.... Harta, kekayaan, status dan pangkat hanyalah pinjaman dari Allah SWT semata.  Jadi, janganlah kita memandang rendah mereka yang tidak setaraf dengan kita.  Fikir-fikir dan insaflah.... peringatan untuk diri sendiri jugak ni..

Monday, 3 November 2014

Kena Tindih


Korang pernah kena tindih / hempap time tido tak??? Aku ni boleh kata jarang la kena tindih time tido ni... tapi hari Jumaat lepas, aku kena... 

Malam tu kitorang gi dinner kat Putrajaya... balik dari dinner tu dalam kol 10 and anak-anak aku dah pengsan dalam keta... so angkat dorang letak dalam bilik.. since dorang dah tido, aku pun kemas la rumah... sapu and mop bagai... Pakdin teman sambil dia layan hempon kat luar... setel mengemas around kol 12 camtu... 


Lepas mengemas, aku mandi and terus tido.. time tu kol 12 lebih ke pukul 1pagi.. camtu la... aku ni jenis letak je kepala terus tido... so memang kompem la time kena tindih tu aku memang tengah tido.. tapi aku boleh nampak uols kejadian tu.. cam kita tengok tv camtu... 

Aku ala-ala separa sedar... yang pasti aku dapat rasakan sebelah kiri aku  kat tepi katil tu ada 'sesuatu'.... and 'sesuatu' itu datang dekat dan berbisik kat telinga aku 'suprise.....' tak lama lepas tu aku bergelut sebab kena tindih... nak bergerak tak boleh.. apatah lagi nak keluarkan suara... ntah cemana tetiba suara aku boleh keluar and aku terus jerit... Pakdin yang tengah siap-siap nak tahajud kejut aku tanya kenapa... aku ni mengigau ke?? Since aku still takut, so aku just bagitau dia yang aku ok.. xde apa-apa... 

Esok tu baru aku berani nak cerita... and kitorang cam kelakar la plak kan sebab 'sesuatu' itu cakap omputih... hahahaha... 'surpriseeee' (secara berbisik) cam tengok citer hantu omputih lak kan... kahkahkah... tapi hakikatnya adalah realiti uols.... serammmm.....

Tuesday, 17 September 2013

Cuti Hari Malaysia

hi ouls... apa aktiviti long weekend ouls baru-baru ni?? Ada yang pergi short holiday ngan family ke?? waaahhhh... seronoknya.... 

As for me, kami tak kemana pon... dok rumah jer... sebab my husband was (and still) down with fever... so, kami dok rumah jer... my duty adalah masak, makan, masak, makan... hehehhee.. pastu bila berat naik baru nak gundah gulana.... huhuhuhu... 

oklah uols.. itu je nak citer... tata...