Click for More Info

Saturday, 12 May 2012

Makan Sodapppp...

Khamis hari tu, dah setel kat IJN, kitorang pon terus la cari kedai tuk lunch.  Aku dah mention awal-awal kat my husband yang aku nak makan kat Restoran MZ Kg. Baru.  Actually aku tak pernah pon makan kat situ.. tapi husband aku cakap makan kat situ sedap.. Pernah la sekali last year husband aku bawak gi situ tuk dinner.. skali malam kedai dia x jual nasik campur.. dorang jual yang goreng-goreng instead.. kuciwa haku tau...


So, since ada urusan kat KL, aku pon mention kat husband yang aku nk makan kat MZ tu.  Alhamdulillah.. permintaan dikabulkan.. Husband aku awal-awal lagi dah pesan supaya sampai je kedai tu nanti, terus aku and Canaz duduk kat meja while he will get all the food for us.  Restoran MZ ni ok jer la keadaan kedai dia tu, menjual segala lauk-lauk, kuih-muih dan hidangan kelantan.  Untuk lunch kitorang hari tu, husband aku amik lauk nangka masak putih (kuah cam kuah laksam tu), daging bakar, budu, gulai kawah and ikan kembung bakar.  Mak aih... sedap kemain uols...

Jikalau ada peluang lagi in the future, PASTI aku akan datang lunch kat sini lagi..


*pic googled*

4 comments:

rina mazlan said...

hmm diet ke laut eh cari ikan..:P

Zareene Saifuddin said...

hahahahahaha... ko macam tau-tau jek aku ni beb... hihihihi...

Alin Marlini said...

Alin pun x penah nmpk kedai tu...nnt nak carilah

Zareene Saifuddin said...

Alin,
sila-sila... landmark dia kalau tak silap opposite hotel KL kg. baru... alin keja kat KL kan? so, rsnya tak jauh kot from your office ke kg. baru ni...