Click for More Info

Monday 25 May 2015

APC 2015

Ini cerita dah lepas... tapi I nak jugak post kat blog ni... as my memory... my sweet memories...

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang adalah merupakan anugerah yang mengiktiraf para penjawat awam yang menjalankan tugas mereka dengan penuh dedikasi dan cemerlang.  Pengiktirafan ini diberikan oleh majikan masing menerusi Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.  Majlis penganugerahan APC kat UPM ni dikenali sebagai Majlis Gemilang Putra.  Majlis ni memberi pengiktirafan kepada kakitangan yang telah berkhidmat selama 20 tahun, 30 tahun, yang akan berpencen dalam tahun semasa, perkhidmatan cemerlang dan juga mengenang staf yang telah meninggal dunia.  Istimewanya Majlis Gemilang Putra UPM ni, para penerima anugerah dibenarkan untuk membawa seorang waris ke majlis tersebut... ala-ala cam majlis convocation la tu... tapi hari tu I tak bawa Pakdin pun... sebab he's kind of busy... lagipun katanya APC je pun... cheh!  Ye la... kat Kementerian diorang mana ada waris dijemput untuk majlis APC nih....



Tanggal 23 April 2015 adalah detik yang terindah di dalam alam pekerjaan untuk I.  Rezeki orang kata... Diam tak diam dah 7 tahun I berkhidmat dengan UPM ni...  Banyak pahit manis yang I've been through in this 7 years... and pada tahun 2015 ni dianugerahkan dengan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.


untuk support staff, I sorang je pompuan yang hadir... so, terpaksa la jadi the rose among the thorn... 

I joined UPM in 2008 after 7 years working in private sector.  Alhamdulillah... sejak berkhidmat dengan UPM ni I dah berkhidmat untuk 4 orang bos termasuklah yang sekarang ni.  Syukur sangat bos-bos I semuanya ok... Walaupun diorang ok, tak bermakna kita boleh buat kerja sambil lewa kan... No.. No.. No... when it comes to work, we have to be serious... serious tak bermakna kita tak boleh senyum bergurau bagai.... tapi kena ada limitations la kan... As a secretary, I report directly to my boss.  Cuba melunaskan segala task yang diberi dengan sebaik mungkin agar meet his satisfaction.  I tak sure la my boss satisfied ke tak dengan kerja I sebab tak pernah la plak dengar dia komplen... hahaha... confident sangat nih... hahahha... tapi mintak-mintak dia puas hati la dengan hasil kerja I kan...  I still remember the moment when I first joined UPM.  I report duty on Friday... the next Monday tu I called my hubby crying I wanted to resign.... sebab I couldn't adapt to the environment here... my husband consoled me... as time goes by, I finally adapt the environment... spend my working life in the same office at the same workstation doing almost the same thing for 7 years.... siapa sangka kan... dulu beria-ia menangis nak resign bagai... hahaahaha... tu la tak kenal maka tak cinta.... kan....


time ni tengah queue untuk turn naik pentas

I know ada yang expect I dapat APC ni last year... tapi bukan rezeki I... dapat kat orang lain yang lebih berkelayakan...... tapi alhamdulillah... tahun 2015 ni I diberikan recognition.  Satu kenangan manis untuk kerjaya I.

with YBhg. Dato' VC and Dato' Registrar

Tapi kan... waktu dapat surat dari Pej Pendaftar yang maklumkan I dapat APC tu I senyap jer.... simpan rahsia ni baek punya... malu uols... I kan pemalu... sekali terkantoi plak dengan my officemate, Kak Aishah bila I reply surat Pejabat Pendaftar tu.... hihihihi...

lepas majlis, sempat ambil gambar dengan Kak Rousnafizah.... Kak Rous ni secretary kat Engineering jugak... tapi kak Rous dah pencen.....  T__T   



No comments: