Click for More Info

Tuesday 30 December 2014

Canaz Jatuh Katil :(

Sebelum aku meneruskan penulisan, marilah kita sama-sama mendoakan rakan-rakan yang ditimpa musibah especially banjir teruk dipermudahkan segala urusan mereka... semoga mereka tabah dengan ujian Allah SWT dan semoga keadaan pulih seperti sediakala... ameen.... 

----------------------------------------------------

Ok.  Ni cerita awal bulan 12 hari tu... time tu Sofia, babysitter aku cuti seminggu dari 8 - 12 Disember ... balik kampung... kejadian ni pada 8 Disember tu la... 

Malam tu Shahnaz tido bilik aku kat atas katil ngan baba dia... tido memanjang .... while aku tido kat sofa... Kalau Shahnaz tido bilik dia ngan Yasmine, diorang tido melintang kat katil queen tu... tapi sebab dah mengantuk so aku malas la nak angkat Shahnaz pindah bilik dia.  Tengah aku syok tido tetiba dengar something terjatuh dan diikuti dengan tangisan.... bila check, betul pun tekaan aku... Shahnaz jatuh katil.... Dalam gelap tu aku angkat and pujuk dia suruh stop menangis and continue tido... tapi tangan aku rasa basah... i thought air mata dia.... never expected yang ada luka until aku bangun the next morning tuk iron baju.  Itu pun sebab ternampak blood stain on my pillow case... Panic.  Check baju Shahnaz skali tengok penuh darah... oh dear... 

Pagi tu aku paksa dia mandi and then terus bawak gi klinik... luka agak dalam jugak la... sampai klinik Dr. kata kena gam... tapi kalau gam takde kena jahit.. Alhamdulillah.. nasib ada stitch glue.. so dapat la gam luka Canaz... tapi hazab gak la nak bersihkan and letak gam kat luka dia tu.. sebab Shahanz ni kuat meronta... lastly 3 orang handle dia okeh... Nasib tak kena jahit.. kalau kena jahit luka tu, tak tau la cemana... 

time ni tengah bersihkan luka

tada... dah gam dah....

Dalam pada dagu bertampal tu boleh pulak dia gi tengok wayang citer Penguins kat Alamanda... hahahahahaha




1 comment:

Akak Kembang said...

Ala ciannya dia...cmg cpt baik