Click for More Info

Wednesday 12 September 2012

Aidilfitri 2012 - Part 3

Fuh, banyak betul aktiviti raya tahun nih... raya ketiga pulak anak menakan aku, anak sulung SIL aku yang kedua bertunang kat Kulim...

Dari rumah PIL aku, sempat aku gi beraya ke rumah kawan aku Linda kat Pauh Jaya, Seberang Jaya.  Lupa  nak amik gambo sebab kagum dengan kecantikan deko rumah si Linda nih.. pastu kitorang kejar masa... coz lepas pi rumah Linda, nak ke rumah kak Chaq, SIL aku yang 1st tu kat Seberang Jaya jugak... kat rumah kak chaq pon kami tak dok lama coz kena rushing ke rumah kak chik, SIL aku yang second tu pulak...

Sampai-sampai rumah kak chik, tengok dia tengah dok gubah sirih junjung... hantaran yang lain dah siap dah..  elok lepas solat zohor, semua pakat bersiap-siap untuk ke rumah pihak perempuan. 



jom kita posing dulu sementara nak sampai rumah tunang shafiq..

Kami sampai di rumah pihak perempuan tepat jam 4petang, disambut oleh abang ipar tunang shafiq tu, En. Harun.  Yasmine dah excited dah sebab dia dapat jumpa dengan Cikgu Mohd Salleh OME.. hehehe... selesai perbincangan pertunangan yang aku rasa tak mencapai objektif tu, depa ni bergambar la dengan cikgu OME ni... kenapa aku cakap takde objektif?  owhhh... sebab time majlis bertunang tu tak dibincangkan jumlah hantaran yang dipersetujui dan sebagainya.

Rombongan pihak lelaki
 

hantaran kedua belah pihak




Majlis tersebut diakhiri dengan jamuan makan.

No comments: