Click for More Info

Thursday 28 June 2012

Jumaat baru ni aku attend majlis akad nikah cousin aku, Idzahar dengan wanita pilihan hatinya, Nadiyana Adlina... sedapkan nama pengantin pompuan tu.. After 8 years bercintan-cintun, akhirnya mereka disatukan.. Alhamdulillah... aku doakan agar mereka kekal bahagia hingga ke akhir hayat.  Amin... and for Yana, welcome to our family...

the groom

the bride

Majlis pernikahan diadakan di kediaman keluarga Yana dia SS19, Subang Jaya.  Plan asal adalah sumer rombongan pengantin lelaki berkumpul di rumah makcik aku kat Kota Damansara.. iaitu rumah keluarga pengantin lelaki... tapi disebabkan kitorang ni dekat Bandar Putra Permai jek... yang dekat dengan USJ, maka kitorang terus je tunggu kat rumah pengantin pompuan... tak kuasa aku nak meredah jem kat NKVE tu..

Dalam kol 8.30pm rombongan pengantin lelaki sampai dan acara akad nikah dimulakan.  Pengacara majlis pada malam tu was Saiful Nizam, pembaca berita TV3.  Pasangan mempelai selamat diijabkabulkan oleh bapa kepada pengantin perempuan.  Usai majlis pernikahan, para tetamu dijamu dengan makan malam. 

ketibaan rombongan pengantin lelaki yang diiringi oleh outrider

pembawa dulang hantaran


hantaran dari kedua belah pihak

Alhamdulillah... sah... dengan sekali lafaz...  berapa kali practice ye idzahar?? hehehehe

congratulations... u are now husband and wife

family potraiture


makan time!!!!.. habis diet ai... :(

Wedding reception side pengantin perempuan diadakan pada keesokan malam, bertempat di Royale Chulan, Kuala Lumpur.  Aku tak dapat join sebab invitation adalah limited dan anak-anak aku takde orang jaga... Reception sebelah lelaki akan diadakan pada hujung June nih.. and i'll be among the busy person sebab yasmine will involve as flower girl and aku ditugaskan tuk menjaga flower girls..  till then..

No comments: