Click for More Info

Thursday, 24 November 2011

Seafood Spaghetti Carbonara

Asal-asal dapat recipe ni dari Yasmin...x-officemate aku kat NADI.. tapi aku dah simplify kan recipe ni tuk kesenangan aku nak masak.. hehehe...

*pic googled* sbb aku lupa nak snap gambo..sowiiiii

Seafood Spaghetti Carbonara
Source:  Zareene

Bahan2
1 pkt spaghetti
1 tin mushroom soup ----> aku guna brand campbell
1 tin button mushroom ----> dihiris nipis
1 pkt mixed seafood
2 biji bawang putih
1 biji bawang besar
Susu segar
Air
Italian herbs aka mixed herbs
minyak canola
garam

Cara-cara:
1.  Didihkan air dalam periuk.  Setelah mendidih, masukkan garam, sedidit minyak dan spaghetti, masak seperti arahan yang tertera pada paket spaghetti tersebut.  Setelah speghetti lembut, toskan dan gaulkan dengan sedikit minyak canola  / zaiton untuk mengelakkan ia melekat antara satu dengan lain.

2.  Bawang putih dan bawang besar dipotong dadu / dicincang.  Tumiskan bawang tersebut dengan sedikit minyak.  Bila bawang dah wangi, masukkan sup cendawan dan susu segar, ikut sukatan tin sup cendawan.    Kemudian, masukkan mixed seafood dan italian herbs.  Perasakan sos dengan sedikit garam.  Bila sos dah mendidih, boleh juga tambahkan parutan cheese jika ada. Boleh tambahkan susu jika sos terlampau pekat. Sedia untuk dihidang.

1 comment:

Mrs. Lady's Stylo said...

Salam buat semua stylo ladies di sini (:

Blog yang sgt sesuai buat PENCINTA HANDBAGS! Banyak handbags menarik dan tips berguna.

Lawati kami di http://mrsladysstylo.blogspot.com/

TQVM (: