Click for More Info

Saturday, 19 November 2011

Nasi Daging & Air Asam

Aku ni teringin beno lahai nak makan nasik daging ngan air asam... alhamdulillah... musim-musim raya haji ni kan musim daging.. so dapatlah aku bat nasik daging during recent Sunday itu hari...

Resipi amik dari rumah kak Ayu.  Alhamdulillah.. husband aku pon suka and dia cakap sedap nasik daging tu... Kak Ayu, mohon kopipes resipi kat sini ye..

Bahan-bahan (8-10 orang)
1 kilo beras - basuh & toskan
500g daging - dipotong kecil, bersihkan & toskan
1 cawan susu cair
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan sos cili
1 cawan minyak sapi/mentega/marjerin/minyak sayur/minyak jagung ---> zareene guna conola oil
Air secukupnya
daun sup & daun bawang - dihiris
1 cawan bawang goreng
20 ulas bawang merah* ---> zareene guna 1bj bwg besar
10 ulas bawang putih*
2sb ketumbar biji - disangai
2sk jintan halus/putih - disangai
1/2 jari halia*
2sb kismis*
4 tangkai cili hijau* ---> zareene x masukkan
penumis:- sedikit kayu manis, cengkih, pelaga
2 helai daun pandan - disimpul
2 batang serai - dititik

Cara-cara:
1.  Kisar bahan2 bertanda * hingga halus.  Daging digoreng dahulu dengan sedikit minyak hingga berubah warna dan kering sedikit dan ketepikan.
2.  Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan penumis, daun pandan dan serai hingga wangi dan masukkan bahan2 kisar dan tumis hingga garing lalu masukkan daging goreng, jika ada air daging masukkan sekali.  Masukkan pula sos tomato dan sos cili.
3.  Masukkan secukup air dan masak hingga daging empuk lalu masukkan susu, kacau dan biar mendidih sebentar.  Masukkan pula beras dan gaul rata.  Apabila nasi hampir kering masukkan garam secukup rasa gaul lagi dan masak hingga nasi tanak.  Tabur 1/2 bahagian daun sup, daun bawang dan 1/2 bahagian bawang goreng atas nasi dan tutup periuk.
4.  Ketika menghidang, tabur lagi dengan lebihan daun sup, daun bawang & bawang goreng



Air Asam
Sumber:  zareene

Bahan-bahan:
2 biji tomato - dihiris
2 biji bawang besar - dihiris
2 biji cili merah/hijau - dihiris
10 biji cili padi - dihiris
air
asam jawa
garam
belacan

Cara-cara:
1.  Bancuhkan asam jawa dengan air dan perahkan airnya. Kepekatan bergantung kepada selera masing2. 
2.  Cairkan ketulan belacan dengan sedikit air dan masukkan dalam air asam jawa.  Perasakan dengan garam.  Setelah sesuai dengan taste bud kita, msukkan pula bahan2 hirisan dan sedia dihidang dengan nasi danging....

4 comments:

rina mazlan said...

Sedapnya.. dulu duk ngan housemate orang penang selalu gak mkn nasik daging, skarang ni langsung tak penah la.. mana nak dapat..

Zareene Saifuddin said...

Rina,
aku pon 1st & last time makan kat rumah biras kakak ipar aku @ Perlis.. so, bila teringin tu terpaksa la bat sendiri.. rupanya senang je nak buatnya...

Alin Marlini said...

sedapnyer zareene...

Zareene Saifuddin said...

indeed Alin.. ingatkan nak buat dia susah sangat.. rupanya mudah jerrr...