Click for More Info

Wednesday, 16 November 2011

Lemak Cili Padi Ketam

Rasanya dah lama aku tak share gambo-gambo air tangan aku kan... alahai... masakan biasa-biasa ja... mak ni bukannya chef dek non... tapi buleh la masak tuk dihidangkan pada family members....

Teringat dalam freezer ada ketam... so, ntah wiken bila ntah, aku pon plan la masak lemak cili padi ketam for lunch... ni pebret aku & husband... kalo ada sesapa yang tingin nak cuba, leh la try resipi mudah dari aku yang tak berapa nak chef ni ye...

Bahan-bahan
4 ekor ketam
1 inchi kunyit*
10 biji cili padi* (boleh letak lebih kalo sukakan pedas berapi)
2-3 batang serai - dititik
1 kotak santan
1 keping asam keping
garam
bahan perasa (pak aji naik moto la.. hehehehe)

Cara-cara
1.  Bersihkan ketam dan dipotong dua setiap seekor (jika suka) dan ketepikan.  Tumbukkan bahan bertanda * hingga lumat (halus).
2.  Dalam periuk, satukan bahan yang telah tumbuk, serai, santan dan ketam.  Renihkan kuah hingga mendidih kemudian masukkan asam keping dan perasakan dengan garam dan bahan perasa.  Biarkan kuah mendidih skali lagi dan tutup api.  Sedia untuk dihidangkan...

No comments: