Click for More Info

Friday 21 October 2011

CMA: Menu Weekend

Weekend baru ni aku cuba resipi baru dari sini.  Sedap.. tapi kurang pedas sebab aku takde chilli oil..   Mohon kopipes ye...

Terubuk Panggang dlm Sos Cili Siam

By: http://homekreation-recipes.blogspot.com/
BAHAN2:
1 ekor Terubuk  ---> aku guna 4 ekor ikan kembong
2 ulas Bwg Putih*
1 hiris Halia* (* tumbuk)
1 bj Tomato**
1/2 bj Bwg Besar** (** cincang)
1 st Chili Oil ----> aku x masukkan sebab xder.. hehehheehe
1/4 cwn Sos Cili Thai
3-4 helai Daun Selasih
Garam

CARA2:
1. Biarkan sisk ikan & lumur dgn garam.  Panaskan 2 sb minyak dlm kuali leper & letakkan ikan tadi.  Masak sehingga masak pd sebelah bahagian sebelum dibalikkan.

2. Sementara menunggu ikan masak, sediakan sos.  Panaskan 2 sb minyak & tumis bhn tumbuk sehingga wangi.  Masukkan tomato & bwg besar & masak lebih kurang 1min. Masukkan cili oil, sos cili, daun selasih & garam.  Masukkan sedikit air supaya tak hangus.

3. Apabila ikan masak, tuangkan sos ke atas nya dgn api yg belum di padamkan.  Padam apai sebaik sahaja sos habis di tuangkan ke atas ikan & meruap panas.  Hati2 kerana sos akan meruap.

4. Hidangkan segera.

Bening bayam.. ini resipi ciptaan sendiri... resipinyer senang jer... sambil totop mata leh bat.. apa?? korang nak resipi jugaxxx??? xper... meh aku bagi...silalah kopipes tuk sesapa yang berhajat...

Bening Bayam
Bahan-bahan
1 ikat bayam
1 labu bawang besar --> dipotong 8 (wedges)
2 biji bawang putih*
1/2 batang carrot* (*dihiris)
1 kiub ayam knorr
sedikit ikan bilis/udang
garam
air

Cara-caranya:
1.  Bersih dan siangkan sayur bayam

2.  Dalam periuk, masukkan air, bawang besar, bawang putih, hirisan carrot, kiub ayam dan ikan bilis.  Renihkan hingga mendidih.

3.  Setelah mendidih, masukkan bayam dan perasakan dengan garam.... tadaaaaa.... siap untuk dingapppp....

Ni pulak apam yogurt... tuk dibawak ke rumah makcik aku as buah tangan... tapi rasa dia bland sket sebab aku takde pes coklat / pandan... xper.. next time leh beli pes tu pastu try lagi...


APAM YOGURT

Source: AlongRoz
BAHAN2:
1 1/3 cwn Gula Kastor (AlongRoz: dah kurangkan drpd 2 cwn sukatan asal)
1 st Ovalet
2 cwn Tepung Gdm
1 cwn Yogurt
2 bj Telur
1/2 st Double Action Baking Powder
1 st Pes Coklat/Pandan  ----> aku guna pewarna coklat dan hijau... sebab xder pes :(

CARA2:
1. Masukkan kesemua bhn ke dlm mangkuk & pukul dgn kuasa tinggi sehingga kembang & pekat.

2. Ambil +/- 5 sb & campurkan dgn pes coklat/pandan.

3. Sudukan adunan kedlm cwn kertas & letakkan sedikit adunan coklat/pandan di tengah nya.

4. Kukus 15 min.



dan timbangan untuk weekend lepas adalah.....

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-
Syabas zareene... ko berjaya menambah berat....

2 comments:

Anonymous said...

comel lah apam yogurt, dari sehari ke sehari tak buat2 lagi

takpe berat naik nanti diet lah semula =)

Zareene Saifuddin said...

hihihi... thanx tina...