Click for More Info

Wednesday 17 August 2011

Terbaek!!!!

Lauk terBAEK untuk sahur ni aku dapat time menjenguk dapur zarin hari isnin hari tu... terus la aku pon teringin nak bat lauk ni tuk sahur dan lauk ni dah jadik lauk aku tuk bersahur selama dua hari berturut-turut, ok... sangat membuka selera di kala mata nak tertutup je menjamah juadah tuk sahur.. hehehhehe... terimalah resipi olahan aku sendiri untuk memudahkan aku masak pepagi buta...

Goreng Tempe, Ikan bilis, Cili padi & Bawang

Bahan-bahan:
Sejemput ikan bilis - cuci dan toskan
6 Biji cili padi - dihiris serong dan nipis
1/4 biji bawang besar - dihiris
tempe - dipotong nipis
minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
1.  Panaskan minyak dan gorengkan tempe hingga garing.  Ketepikan.  Goreng pula ikan bilis hingga garing dan ketepikan.
2.  Guna minyak yang sama, gorengkan hirisan cili padi.  Setelah cili garing, masukkan hirisan bawang besar, tempe dan ikan bilis goreng.  Gaul rata.  Tadaaaaa... dah siap..

sedap dimakan dengan nasik putih panas dan kicap... walllaaaa.....

4 comments:

Akak Kembang said...

memang menyelerakan...

Zarene..beg tu memang dpt sorang 1..hehehehe

Zareene Saifuddin said...

Alin,
wah! betul ke? dapat sorang 1? syioknyerrrrrrr.... (^_^)

mama-syira said...

kita pun selalu masak lauk ni.. memang sedap... selalu ratah je

Zareene Saifuddin said...

farah,
lauk camni ala2 pembuka selera tuk sahur kan?