Click for More Info

Thursday, 12 August 2010

Karipap Daging

aduhaii... teringinnyerrr nak makan karipap daging... hmm.. nak beli for sure xder yang menjualnyer.. kecuali buat sendiri... hmm.. most of the time keinginan nak buat tu ada.. tapi.. vitamin M.A.L.A.S ni selalu berlebihan dalam badan nih... Alhamdulillah... last week akhirnya aku berjaya jugak buat karipap daging impianku...


KARIPAP DAGING

Bahan Pastri:
Tepung
 1 Biji telur
Garam
Air Sejuk (dari fridge)
Minyak

Bahan untuk Inti:
1/2 paket daging cincang (saya guna dgg cincang Ramly)
2 biji kentang - dipotong dadu
1 batang carrot - dipotong dadu
1 biji bawang besar - dipotong dadu
1 pokok daun sadri - dihiris halus
2 biji bawang putih - dicincang
1 paket rempah sup
garam
minyak

Cara-cara:
1.   Untuk inti karipap.  Tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga wangi.  Masukkan daging cincang, rempah sup, kentang, carrot dan garam secukup rasa.  Setelah daging masak, masukkan daun sadri yang telah dihirs halus dan digaul rata.  Sejukkan.

2.  Untuk pastri karipap.  Panaskan minyak masak.  Masukkan minyak panas tadi ke dalam tepung gandum.  Tambahkan telur dan air sejuk dan sedikit garam.  Uli hingga sebati kemudian kepalkan bancuhan tepung tersebut kepada bebola kecil.  Roll bebola tepung tadi, diisi inti dan dikelim.. dah siap.. ready untuk digoreng dan dimakan...



No comments: