Click for More Info

Thursday 12 June 2014

#shidazhar Part 1 - Solemnisation Ceremony

Setelah mengikat tali pertunangan selama lebih kurang 6 bulan, pada tanggal 17 Mei hari tu cousin aku Azhar (An) bernikah dengan gadis pilihannya, Rashidah Kuthairi (Shida).  Majlis pernikahan diadakan di Setia City Convention Centre.

Alhamdulillah... aku and family antara yang dijemput untuk mewakili rombongan pengantin lelaki.  Rombongan pengantin lelaki membawa sebanyak 7 dulang hantaran berbalas 9 dulang oleh pihak pengantin perempuan.  Majlis akad nikah disempurnakan oleh ayah Shida.  

jom kita photoshoot dulu...


the dulang girl.. eh takde la... ini mak uda aku.. a.k.a. mak pengantin lelaki


hantaran dari pihak lelaki


the dulang boys












comelkan baby ni... anak cousin aku 


Dihan, adik pengantin lelaki.. single and available.. 




Lepas majlis akad nikah, ada juga majlis minum teh sebab mak Shida, Aunty Zainab is a chinese muslim.  Majlis minum teh dimulakan dengan nenek Shida, kedua ibubapa Shida dan seterusnya pakcik makcik Shida yang berbangsa Cina.  Menariknya majlis minum teh ni, jurucakapnya adalah sepupu Shida sebelah bapanya yang sangat fasih berbahasa Mandarin... ahkak sangat kagum..







Lepas majlis minum teh adalah acara yang paling aku tunggu-tunggu...iaitu makan... hahahahaha.... acara makan ni sangat best sebab semua desserts adalah dibuat sendiri oleh family pengantin perempuan... sedap sangat... kalau ada yang teringin nak order, boleh order dari sini (The Butter Queens).  Majlis pernikahan bersurai selepas acara makan-makan.  Tunggu majlis resepsi pulak malam nanti.

desserts by The Butter Queens


pinggan ahkak..


ceria budak ni dapat makan red velvet cake

pengantin lama & pengantin baru


bersama kesayangan.... tok tah... mak aiii


oh no!!! I've been photo bombed by my girls..

sila abaikan kak ton yang dah gumuksssss T__T


family potrait


No comments: