Click for More Info

Wednesday 16 April 2014

Phuket - Day 2

Okay... hari ke-2 di Phuket ni adalah aktiviti island hopping...  pickup suppose amik kat hotel kol 7.30pagi.. tapi sampai lambat... sebab ada tourist dari India ni yang lambat... perjalanan dari Patong beach ke the Pier tu mengambil masa 1jam.  Untuk makluman uols, kebanyakan pulau dalam package island hopping ni berdekatan dengan Krabi berbanding Phuket... itu yang mengambil masa yang lama tuk sampai and pulau-pulau pun lebih kurang sama dengan apa yang tourist agent kat Krabi offer.

Sampai kat the Pier tu bot dah sedia menunggu.... Boat tu stop kat Phi Phi Island tuk dropkan passangers and proceed ke Maya Bay tuk snorkelling... Pakdin je yang snorkel.. aku tak snorkel sebab bff datang visit.. hahahaah... rugi kan... nak bat cemana dik non oiii.... masa dah time...

kat the Pier

berlatarbelakangkan Phi Phi Island



Maya Bay




Lunch pulak kitorang di bawa ke Phi Phi Island... owh, nak masuk Phi Phi Island ni dikenakan bayaran sebanyak 20Bhat ... masa diberikan lebih kurang 2 jam untuk lunch and pusing-pusing pulau tu... best jugak Phi Phi Island ni... macam-macam ada... pantai pon cantik.... Jam 3.00 petang bot gerak balik ke Phuket... sampai hotel rehat and dinner... lepas maghrib keluar jenjalan sambil shopping souvenir.







Ni la food kitorang sepanjang di Phuket... Nasib ada travel cooker.. leh panaskan kari ayam dalam tin ni...






Dah penat shopping, kitorang lepak dengan live band sebelum balik hotel... time lepak kat sini, mostly orang pandang aku... maybe sebab takde orang yang berhijab lepak situ kot... pada aku takde salahnya coz kitorang just nak minum sambil dengar live band.. tu je... around kol 12.00 malam kitorang pon gerak balik hotel.


favourite juice aku kat Phuket ni is pineapple juice... 



No comments: