Click for More Info

Monday 21 October 2013

Walk for Health dan Loss of a Friend

28 September hari tu I ada Walk for Health kat MAEPS... kali ni angkut semua... anak-anak dan suami sekali...  Kat flyer tu kata flag off kol 7am... tapi dekat kol 9am baru nak flag off... time tu matahari pon dah naik dah kot... alasan sebab nak tunggu YB Menteri officiate katanyaa... adeh la... 

Sedang kitorang beraerobik memanaskan badan, dapat bad news... My officemate, Kak Norizan yang baru kehilangan ibu tercinta a week ago passed away setelah bertarung nyawa selama seminggu di HKL.  I dikejutkan dengan berita arwah kritikal di HKL pada 21 September, 4 hari setelah ibu arwah meninggal.  Arwah diserang strok, tekanan darah yang tinggi hingga menyebabkan paru-paru arwah berlubang, saluran darah pecah dan terdapat darah beku di kepala.  Setahu kami sepejabat, arwah ni memang takde apa-apa penyakit.. so bila dapat tau yang dia kritikal, memang sangat terperanjat laaa.... I sempat menziarah arwah di ICU Neurologi HKL pada 23 September hari tu.  Beliau meninggal dunia disebabkan komplikasi selepas pembedahan kedua di bahagian kepala.  Jenazah dikebumikan selepas solat Zohor pada 28 September di kampung halaman beliau di Beranang.

 Kak Norizan dalam kenangan... semoga beliau ditempatkan bersama-sama para solihin.. amin...



Bila dapat tau the bad news, kitorang pon patah balik lepas flag off tu sebab takut tak sempat nak ziarah jenazah arwah.  Elok je kami sampai kampung arwah, van jenazah dah gerak ke tanah perkuburan.  So, I pun ikut ke tanah perkuburan to pay my last respect.  Sebab takde sapa nak look after my kids, so my husband & I, kitorang hangkut skali anak-anak... Selesai upacara pengkebumian, kami terus balik rumah..

Didoakan semoga roh allahyarhamah Norizan Yacub dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman... Ameen.... Al-Fatihah..

2 comments:

rina mazlan said...

Tu la. Kita pulak tak tau mcmana nanti.. Kena sentiasa bersedia..

Zareene Saifuddin said...

Rina Mazlan: kan babe...