Click for More Info

Tuesday 9 October 2012

Resipi Bubur Sup Daging Kekacang


Weeks before, I was kind of blur tak tau nak masak apa during the weekend i.e. on Saturday... kenapa Saturday? owh.. sebab Saturday la hari yang hanya my girls and I jer yang ada kat rumah... Enche suami takde kerana sibuk attend his whole day class.  Maka hari sabtu je la yang boleh masak resipi-resipi mudah khas untuk orang yang rajin sikit malas banyak cam I ni.. hehehehe...

mengingatkan ada seketul kecik daging lembu dalam freeze, maka I pon dengan gigihnya mencari resipi kat dalam blog Mat Gebu dan terjumpalah resipi mudah ni... maka, terujalah untuk mencubanya... sangat mudah dan walllaaaaahhhh... rasanya pon sangat sedap... sebijik seketul dan serasa cam bubur lambuk yang my mom buat time bulan Ramadhan itu hari... so now I share the recipe dengan uols... Mohon kopipes ye En. Mat Gebu...


BUBUR SUP DAGING KEKACANG
Sumber:  Mat Gebu

Bahan-bahan
1 cawan beras siam atau beras jenis berkanji ---> I guna beras basmathi.. ok jerr...
150 gram hirisan nipis daging batang pinang, cuci dan toskan
1/3 cawan kidney beans, rendam semalaman ---> I guna kacang kuda
1 helai daun pandan, disimpul
3 ulas bawang putih, diketuk
1 inci halia, hiris nipis
1 bunjut "sup tulang" Adabi
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 kiub pati daging lembu Knorr
1/2 cawan mix vege (karot, jagung, kacang pis)
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Lada hitam serbuk secukupnya (mat guna serbuk lada hitam "aji-shio")
Hirisan daun bawang untuk hiasan  ---> tak letak coz xde ^_^
Bawang goreng untuk hiasan ---> tak letak coz xde ^_^
Cili merah, didadu kecil, untuk hiasan ---> tak letak coz xde ^_^

CARA MEMBUATNYA :-)
1.  Cuci beras, masukkan ke dalam periuk bersama2 kidney beans, kayu manis, bunga lawang, sup bunjut, daun pandan, halia, bawang putih dan air secukupnya (anggaran 2 liter). Kacau dan masak hingga mendidih.

2.  Masukkan kiub pati daging, sedikit garam dan juga hirisan daging, renih hingga beras kembang menjadi bubur dan kacang empuk. Tambah mix vege dan masak lagi. Jika bubur pekat, anda boleh tambah air sedikit lagi.

3.  Perasakan dengan garam secukupnya. Masukkan juga serbuk lada hitam, kacau dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang, bawang goreng, sedikit serbuk lada hitam dan cili merah yang didadu kecil sebelum dihidang.....makan panas2..

Then I try lak buat truffle... teringin nak makan uols... mengalahkan orang mengandung la pulak kan, teringin-teringin bagai.. hahahaha... tapi hasil dari resipi yang i dapat ni kurang memuaskan... maka i takkan share resipi dengan uols this time... tapi i share gambar je... oklah tu khennn...


 

4 comments:

rina mazlan said...

Perghh banyaknya bahan nak buat bubur tu beb.. Pftt..

Zareene Saifuddin said...

nampak je banyak beb.. actually tak pon...kebanyakan bahan tu ada kat rumah.. so, mana yang takde tu top up sket jer..try la bat... sedap gils...

Alin Marlini said...

menarik n tertarik :)

Zareene Saifuddin said...

alin, silalah terai... memang sedap...