Click for More Info

Friday 17 August 2012

Resipi Ikan Bakar Tomyam



Sedap sungguh ikan bakar ni... next time leh buat lagi.... Resipi ni aku amik dari sini.  Mohon izin untuk tuk kopipes resipi akak kat sini ye..

SOTONG BAKAR TOM YUM (Resepi asal Ikan Siakap)
Sumber : KAK HANA

Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap (dibersih dan dikelar)>>yg ni gantikan sotong
2 sudu besar pes tomyam
5 helai daun limau purut
1 sudu besar jus limau nipis ataupun kasturi
1 biji tomato (potong 6)
Aluminium foil kita letak daun pisang jugak ----> aku letak daun kunyit

Bahan Kisar
2 biji cili merah
3 biji cili api
3 batang serai (ambil bahagian putihnya)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Lengkuas yg ni kita tambah ---> aku tak letak 

Cara Memasak
1.  Gaulkan semua bahan yang dikisar serta pes tomyam dan tuangkan ke dalam alluminium foil. (*jangan masukkan garam kerana pes tomyam selalunya dah masin)>>yg ni kita masak dulu rempahnya sampai naik bau barulah gaulkan dgn sotong / ikan td :-)
2.  Letakkan ikan, daun limau purut dan tomato. Kemudian bungkus kemas ikan tersebut.
3.  Letakkan di dalam kuali (non-stick pan) dan bakar di atas api sederhana selama 30 minit (aku wat stail ijan, bakor lam oven ngan suhu 200 selama 30min).
4.  Tutup api dan perah air nipis/kasturi semasa menghidang

2 comments:

Liza Razak said...

wajib cuba ni!! mesti sedap :)

Zareene Saifuddin said...

Liza Razak: sila la cuba.. memang sedap...