Click for More Info

Thursday 16 August 2012

Asam Rebus Tempoyak Ikan Talapia Bersama Belimbing Buluh

Wiken baru ni aku berbuka puasa sorang sebab husband aku gi jaga booth dia kat Jalan Conlay tu.. aku tak ikut coz ahad tu last day dia berniaga kat situ... so banyaklah barang yang nak dibawak balik kan... dan aku pon memasaklah demi untuk berbuka puasa... Aku bat asam rebus tempoyak ikan talapia bersama belimbing buluh... pebret aku nih... husband aku jugak.. tapi dia prefer ikan patin... kalau u nak makan gulai tempoyak ikan patin, sila la beli during your trip tu Kuantan ye laling... :D 


Bahan-Bahan
1 ekor ikan talapia
1 kuntun bunga kantan - dibelah 4
2 biji cili merah
10 biji cili padi
8 biji belimbing buluh - dipotong memanjang
1 inci kunyit hidup
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 batang serai - diketuk
3 sudu besar tempoyak
2 keping asam gelugor
air
garam
serbuk perasa

Cara-Cara
1.  Tumbukkan cili padi, cili merah, kunyit, bawang putih dan bawang merah hingga lumat.
2.  Dalam periuk, masukkan air, bahan tumbuk, serai, bunga kantan, tempoyak, asam keping dan ikan yang telah dibersihkan.  Masak hingga mendidih.
3.  Setelah mendidih, masukkan belimbing buluh.  Perasakan dengan garam dan pak aji. Sedia untuk dimakan...



No comments: